Dengar Suria

Sukan

Selangor pilih boikot, tidak hadir Piala Sumbangsih

SELANGOR FC mengambil pendekatan mengejut apabila enggan beraksi dalam Piala Sumbangsih dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, Johor pada Jumaat ini.

Keputusan itu diambil setelah penelitian dijalankan dan perbincangan terperinci dengan pelbagai pihak berikutan rentetan dari insiden jenayah serta ancaman yang baru berlaku melibatkan beberapa pemain dan pegawai pasukan dalam tempoh hanya 72 jam.

“Berdasarkan keadaan semasa yang tidak menentu, kami di Selangor FC menegaskan keselamatan pasukan adalah perkara paling utama dan kami memandang serius akan segala bentuk keganasan serta ancaman serta tidak akan berkompromi dengan sebarang isu berkaitan keselamatan pasukan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%