REKOD 14 perlawanan tanpa kalah Selangor FC akhirnya lebur apabila Kuching City FC menumbangkan naib juara Liga Super itu dengan keputusan 2-1 pada aksi di Stadium Negeri, Kuching, Sarawak pada Ahad.
Sebelum ini, Selangor mengesahkan gelaran naib juara Liga Super selepas membelasah Kelantan Darul Naim (KDN) 7-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya, Selangor pada 8 Mac lalu.
Pasukan bimbingan Aidil Sharin Sahak memperoleh tiga mata menerusi jaringan Muhd Ramadhan Saifullah dan Jimmy Reymond. Manakala, Gergasi Merah pula sekadar meraih gol saguhati hasil jaringan Mukhairi Ajmal.