KEDAH Darul Aman FC (KDA FC) akan turun sekali lagi ke Lembah Klang bagi berdepan Selangor FC dalam perlawanan kedua Liga Super pada Sabtu.
Perlawanan itu akan menjadi aksi kedua Sang Kenari tetapi skrip berbeza pula buat Selangor yang turun pertama kali musim ini selepas menarik diri daripada perlawanan Piala Sumbangsih berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada Jumaat lalu.
Sudah pasti, sentimen simpati atas nasib yang menimpa pemain Selangor, Faisal Halim akan menghiasi perlawanan itu.