KELAB Liga Super, Selangor FC dikhabarkan berisiko dikenakan hukuman yang cukup keras kerana menarik diri daripada menyertai perlawanan Piala Sumbangsih berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan aksi pertama Liga Super.
Dijadualkan berdepan Harimau Selatan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada 10 Mei (Jumaat), Selangor memilih untuk menarik diri atas beberapa faktor terutamanya berkenaan keselamatan para pemain dan pegawai kelab.
Pada Selasa lepas, Selangor secara rasmi meminta kepada Malaysian Football League (MFL) serta Persatuan Bola Sepak Malaysia (MFL) untuk menangguhkan perlawanan tersebut.