MOMENTUM jelas berada di pihak Sabah FC ketika ini dalam saingan Liga Super sejak saingan kembali bersambung selepas berehat kerana memberi laluan untuk aksi bola sepak antarabangsa.
Dalam dua perlawanan diharungi Sabah, mereka mempamerkan persembahan cemerlang apabila berjaya meraih dua kemenangan di tempat lawan iaitu bertemu Perak FC dan Penang FC.
Lebih menarik, dalam dua perlawanan itu mereka menghasilkan lapan jaringan dengan menewaskan Perak 4-2 dan Penang 4-2.