PENJAGA gol muda Johor Darul Ta’zim (JDT), Christian Abad dikhabarkan menjadi pemain berdarah warisan terkini yang menyertai ‘revolusi’ skuad Harimau Malaya selepas muncul dalam sesi latihan rasmi di Pusat Latihan JDT, Padang Seri Gelam, Johor baru-baru ini.
Abad yang berusia 19 tahun dan berasal dari Sepanyol, menyertai skuad Harimau Selatan pada tahun lalu dan memiliki pengalaman berharga mewakili beberapa kelab akademi terkenal di Sepanyol antaranya Valencia, CD Alcoyano, dan Elche CF.
Dengan kehadiran Abad, dia kini mengikuti jejak langkah tiga penjaga gol muda tanah air yang pernah dipanggil untuk membantu skuad kebangsaan, iaitu Haziq Nadzli, Ahmad Syihan Hazmi dan Ifwat Akmal.