KELEBIHAN dimiliki daripada aksi pertama Piala Malaysia gagal dimanfaatkan Kedah Darul Aman (KDA) FC apabila mereka masih ditunjukkan jalan keluar oleh Kuala Lumpur (KL) City FC daripada pertandingan berkenaan.
Kekalahan 1-4 dialami ketika mereka bertandang ke Stadium Cheras, KL menyaksikan skuad Sang Kenari tersingkir dengan agregat 4-6 yang sudah tentu sukar diterima penyokong Hijau Kuning.
Perasaan kecewa itu dikuatkan lagi dengan perpisahan kapten pasukan, Sony Norde yang difahamkan sudah merekodkan penampilan terakhirnya buat pasukan Utara tanah air tersebut.