KEDUDUKAN Katshuito Kinoshi sebagai Ketua Jurulatih Selangor FC dikatakan berdepan cabaran selepas legenda bola sepak Jepun, Keisuke Honda secara terbuka menyatakan minatnya untuk mengendalikan pasukan tersebut.
Perkara itu dikongsikan Honda dalam satu sidang media pada Selasa, yang mana dia secara berseloroh menyebut hasrat untuk menjadi pengendali Selangor FC sekiranya diberikan peluang.
“Kalau ada peluang, saya mahu melatih Selangor FC,” kata Honda sambil tersenyum pada Sidang Media Perlawanan Persahabatan antara Selangor FC dan Asia Warriors FC di Pusat Latihan Selangor FC di Shah Alam, Selangor pada Selasa.