PENYERANG legenda Harimau Malaya, Safee Sali menjadi satu-satunya pemain tanah air yang diletakkan sebagai kapten untuk perlawanan bola sepak tujuh sebelah Zurich Liga 7×7 All Stars 2025 pada 19 Julai 2025 bertempat di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, Kuala Lumpur.
Acara hebat itu melibatkan legenda luar negara seperti bintang Manchester United iaitu Ryan Giggs dan Dimitar Berbatov serta kapten terhebat sepanjang zaman Chelsea, John Terry.
Menjelang perlawanan itu, Safee turut menyifatkan Giggs dan Terry sebagai ancaman utama dalam kejohanan tersebut, memandangkan kedua-duanya masih kelihatan bertenaga dan cergas walaupun telah bersara.