INSIDEN kontroversi antara pemain Perak FC, Tommy Mawat Bada dan penyerang sayap Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Arif Aiman Hanapi masih menjadi topik penyokong bola sepak tanah air untuk berbahas mengenainya.
Pada aksi Liga Super 2024/2025 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor pada Ahad, insiden tegang berlaku melibatkan Arif Aiman dan Tommy sehingga kedua-duanya dilayangkan kad kuning.
Kritikan-kritikan yang dilemparkan para penyokong bagaimanapun bertukar menjadi isu perkauman apabila terdapat peminat domestik menggunakan gelaran Dayak seperti ejekan kepada Tommy.