Dengar Suria

Sukan

Sambutan fans Liga M musim depan meriah atau tidak, final Piala Malaysia penentu segalanya

MENJELANG perlawanan akhir Piala Malaysia 2024 yang akan menyaksikan Sri Pahang FC berdepan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 26 April nanti di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, pemerhati bola sepak tanah air meluahkan kebimbangan terhadap mentaliti penyokong Tok Gajah yang dilihat semakin merosot.

Hal ini berikutan hanya 11,400 daripada 33,600 tiket yang diperuntukkan kepada Kelab Bola Sepak Sri Pahang (SPFC) terjual, dengan baki 22,200 tiket masih belum dibeli.

Menurut pemerhati sukan tanah air, Prof Madya Zulakbal Abd Karim, ketidaktentuan masa depan pasukan, termasuk spekulasi tentang kemungkinan Sri Pahang tidak lagi beraksi dalam Liga Malaysia (Liga M) pada musim depan telah memberi kesan terhadap semangat para penyokong.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%