KERAJAAN Korea Selatan mendesak agar Persatuan Bola Sepak Korea (FA Korea) dikenakan hukuman selepas hasil siasatan menunjukkan terdapat kes salah laku yang dilakukan oleh presiden badan induk itu.
Kementerian Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan mengumumkan hasil audit khas ke atas persatuan itu pada Selasa, menggesa tindakan tatatertib dikenakan terhadap FA Korea dan presidennya, Chung Mong-gyu selepas menemui beberapa kesalahan serius.
BACA LAGI: Jangan ulangi kesilapan lama, 3 jurulatih import bawa ‘malang’ buat Selangor, Penang dan Terengganu