SAHAM penyerang lincah Sri Pahang FC, T. Saravanan melonjak naik selepas berjaya meledak gol menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 2024 pada 26 April lalu.
Aksi yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur itu menyaksikan jaringan Saravanan tersebut berhasil membantu Tok Gajah mendahului pada separuh masa pertama.
Namun, JDT bangkit menerusi gol Bergson da Silva dan Arif Aiman Hanapi untuk mencatat kemenangan 2-1 sekali gus menjulang trofi kejuaraan.