SETIAP musim, persembahan Arif Aiman jelas tidak mengecewakan. Walaupun musim ini, dia bermula agak perlahan tetapi selepas menemui rentak, pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu tidak menoleh ke belakang.
Persembahan baik Arif bersama JDT baik di peringkat domestik atau Asia jelas menaikkan nilai pasarannya dengan dia diletakkan pada kadar €600,000 atau RM2.8 juta.
Nilai itu sebenarnya melepasi beberapa nama bintang import di Liga Super dan sekali gus memberikan mesej pemain tempatan boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan mereka.