MESKIPUN bermula lewat dalam jendela perpindahan kali ini, Kuala Lumpur (KL) City FC sudah tentu berpuas hati dengan kualiti pemain berjaya dibawa masuk setakat ini.
Ini kerana skuad bimbingan Risto Vidakovic itu sudah mengalu-alukan kehadiran tiga bintang pinjaman dari Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Manuel Hidalgo, Syamer Kutty Abba serta bintang utama, Safawi Rasid.
Kelab Lembah Klang itu turut menerima suntikan berpengalaman di posisi pertahanan apabila menerima kemasukan bekas pemain kebangsaan, Adam Nor Azlin yang beraksi buat Sri Pahang FC musim lalu.








