KEKASARAN dan kesalahan merupakan perkara biasa dalam bola sepak sehingga boleh menimbulkan pergaduhan di antara pemain kerana gagal mengawal perasaan amarah apabila dikasari.
Dari Liga Super hingga ke peringkat amatur insiden kekasaran ini tidak boleh dibendung jika pemain-pemain masih lagi gagal mengawal perasaan.
Baru-baru ini, seorang pemain mengalami kecederaan serius di buku lalinya akibat di terjah yang mana mengakibatkan pergelangan kaki ‘mangsa’ koyak sehingga kelihatan tulangnya.