ARENA sukan Malaysia acap kali memperingati legenda bola sepak tanah air sehingga kadang-kala melupakan atlet-atlet lain yang sudah mengharumkan nama negara di persada dunia.
Tidak salah untuk kita terus memperingati jasa dan keringat legenda bola sepak seperti Allahyarham Mokhtar Dahari, Datuk Soh Chin Ann, Datuk Santokh Singh dan beberapa figura masyhur lain yang pernah mengharumkan nama Harimau Malaya sehingga digeruni kuasa besar bola sepak seperti Brazil dan Argentina.
Namun sukan hoki juga mempunyai sosok legenda yang pernah membawa The Speedy Tiger ke pentas Olimpik sebanyak tiga kali iaitu Datuk Mirnawan Nawawi atau lebih dikenali sebagai ‘The Boss’.