PERKEMBANGAN mengenai latihan Video Bantuan Pengadil (VAR) sudah menjalani fasa keduanya dengan melibatkan seramai 40 pengadil tempatan bersama 14 ‘replay operator’ yang bermula 26 Ogos hingga 11 September 2023.
Menurut hantaran Facebook Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), kursus latihan selama 17 hari di Wisma FAM, Kelana Jaya, itu dikendalikan tenaga pengajar VAR Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) Tamer Dorry dari Mesir dan dibantu pakar teknologi VAR dari Poland, Sebastian Andrzej Szelag.
Perkembangan mengenai VAR itu yang bakal dilaksanakan bagi membantu saingan Liga Malaysia sememangnya disambut baik oleh penyokong kerana percaya teknologi berkenaan akan membantu menambah baik mutu pengadilan.