JOHOR Darul Ta’zim (JDT) menyatakan kekecewaan mereka atas keputusan diambil Selangor FC yang menarik diri daripada beraksi dalam perlawanan Piala Sumbangsih dan aksi pertama Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Johor pada Jumaat.
Selepas melakukan persiapan lengkap sepanjang tempoh pramusim, skuad Harimau Selatan cukup yakin untuk menilai kebolehan sendiri berdepan pasukan Lembah Klang itu.
Namun, selepas tiga insiden melibatkan pemain kebangsaan, Selangor FC mengambil keputusan itu setelah Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengumumkan perlawanan akan diteruskan.