KEKALAHAN kepada Jordan dan Bahrain dalam kejohanan Piala Asia bakal menyaksikan ranking Harimau Malaya jatuh mendadak lima atau enam anak tangga.
Sebelum ini, ranking skuad negara mencatatkan peningkatan agak baik dalam ranking dunia apabila naik dari kedudukan ke-145 ke kedudukan ke-130 sejak Kim Pan-gon mengambil alih skuad kebangsaan pada 2022.
Namun selepas mengikut pengiraan tidak rasmi, skuad negara akan jatuh ke kedudukan ke-135 atau ke-136 dunia berbanding ke-130 dunia dalam kemas kini terakhir Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) pada 21 Disember lalu.