JOHOR Darul Ta’zim IV (JDT IV) dilaporkan akan menggunakan tenaga baharu untuk mengendalikan skuad muda Harimau Selatan itu dan nama jurulatih berdarah Sepanyol dikaitkan untuk posisi berkenaan.
Berdasarkan laporan media Sepanyol, jurulatih kelab CD Castellon iaitu Alejandro Jimenez dilantik sebagai jurulatih skuad JDT IV bagi membantu memperkukuhkan kedudukan mereka pada saingan Piala Belia 2025.
Laporan tersebut juga mengatakan bahawa agak berat untuk mereka melepaskan Jimenez susulan dia merupakan jurulatih terbaik CD Castellon, yang membantu pasukan itu sejak 2021.