TEKA-TEKI pemilihan jurulatih pasukan Penang FC masih lagi jadi bualan dalam kalangan penyokong bola sepak tempatan selepas hampir seminggu kerusi itu ditinggalkan oleh Akmal Rizal Rakhli.
Khabar angin mengatakan beberapa jurulatih tempatan berprofil tinggi berada dalam radar pihak pengurusan Harimau Kumbang untuk memacu Penang mengharungi baki saingan Liga Super musim ini.
Selain itu, jurulatih import juga dikhabarkan berada dalam perancangan pasukan Penang untuk terus mempebaiki prestasi Harimau Kumbang yang kini menduduki tempat ke-11 Liga Super.