Dengar Suria

Sukan

Rakus belasah PDRM, Safawi Rasid optimis TFC tunggu masa untuk lengkap sepenuhnya

SELEPAS merakamkan kekalahan kepada Selangor FC II dalam aksi pra-musim yang pertama pada Ahad, Terengganu FC kembali bangkit dalam perlawanan pemanas badan kedua bertemu PDRM FC dua hari kemudian.

Berdepan Sang Saka Biru di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, skuad kendalian Tomislav Steinbruckner berjaya merakamkan kemenangan besar 6-1 dengan mereka mendahului 4-0 pada separuh masa pertama.

Penyerang baharu Terengganu, Ismaheel Akinade mencipta hatrik sementara Nurillo Tukhtasinov, Engku Shakir dan Manny Ott menjaringkan satu gol. Bagi PDRM pula, Faith Obilor menghasilkan gol tunggal tuan rumah.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%