NAMA pemain muda Johor Darul Takzim (JDT), Najmuddin Akmal semakin meniti dibibir peminat selepas mempamerkan persembahan cemerlangnya bersama skuad simpanan Harimau Selatan di Piala MFL dan sebahagian daripada skuad Harimau Muda.
Khidmat graduan Program Pembangunan Bola Sepak Kebangsaan (NFDP) itu juga kini sedang diguna bersama skuad Bola Sepak Bawah 23 tahun (B-23) tanah air bagi memburu Kejuaraan B-23 AFF 2023 di Thailand.
Kelibatnya bersama skuad kendalian E. Elavarasan itu semakin mencuri tumpuan apabila ada pihak yang menyamakan penampilannya seperti legenda bola sepak Itali, Roberto Baggio.