HARAPAN Selangor FC II untuk menjulang Piala MFL musim ini terbantut selepas mereka tewas dalam aksi menentang Kuala Lumpur (KL) City Extension di laman sendiri pada Rabu.
Perlawanan yang penting dalam memintas Johor Darul Ta’zim (JDT) II di persada liga itu berakhir dengan 3-4 kekalahan buat anak-anak buah Abdi Hassan selepas mereka pada awalnya ketinggalan 0-3.
Bagaimanapun, penyokong skuad muda Gergasi Merah berasakan perlawanan tersebut lebih awal tidak berpihak kepada mereka memandangkan pihak lawan hadir dengan beberapa pemain dari pasukan utama.