BENDERA negeri dan kain rentang bersaiz gergasi memaparkan kata-kata semangat akan mengiringi pasukan Terengganu FC (TFC) untuk berjuang menentang Johor Darul Takzim (JDT) pada aksi final Piala Malaysia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Kuala Lumpur pada Jumaat.
Pengerusi Kelab Penyokong Bola Sepak dan Futsal Terengganu, Mohd Juslihadi Mohamad berkata, pihaknya bertungkus-lumus menyiapkan bendera dan kain rentang bersaiz 15×15 meter itu sejak seminggu lepas dengan kos sebanyak RM3,000.
Beliau berkata, walaupun terpaksa mengorbankan masa, tenaga dan wang, ahli-ahli kelab amat berpuas hati kerana dapat menzahirkan sokongan padu kepada pasukan kesayangan mereka.