UNDIAN Piala FA tahun ini bakal menyaksikan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) berdepan Kelantan Darul Naim (KDN) FC dalam pusingan pertama.
Kelebihan sudah tentu memihak kepada skuad Harimau Selatan yang jauh meninggalkan kelab Pantai Timur itu, baik dari segi reputasi mahupun pencapaian di atas padang.
Namun, persoalannya, mampukah pasukan kendalian Hector Bidoglio itu mencipta sejarah dengan menjulang trofi itu buat kali ketiga berturut-turut?