SELAIN akan berentap dalam Liga Juara-Juara AFC (ACL), dua pasukan teratas musim lalu, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC akan turut bersaing dalam Piala Shopee anjuran AFF.
Kejohanan yang diadakan buat musim kedua berturut-turut itu kurang mencuri tumpuan pada edisi sulung kerana hanya mengumpulkan pasukan sekitar Asia Tenggara dengan ramai beranggapan ia tidak begitu mencabar.
Namun, selepas menyaksikan saingan Piala Shopee 2024/25, peminat tempatan mula menyedari nilai bakal dibawakan mampu menyajikan aksi kompetitif buat wakil tanah air.