PERTEMUAN dua pemimpin bola sepak berpengaruh iaitu pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail dan Pengerusi Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Erick Thohir pada Selasa menjadi sorotan penyokong tanah air.
Selain Tunku Ismail dan Erick, dua lagi individu berpengaruh bola sepak yang turut menghadiri pertemuan berkenaan ialah pemilik Persib Bandung Glenn Sugita dan pemilik Valencia, Peter Lim.
Tunku Mahkota Ismail yang juga Pemangku Sultan Johor menerusi laman Instagram miliknya memaklumkan pertemuan itu turut membincangkan mengenai bola sepak dan rancangan masa depan terutama untuk bola sepak Asia Tenggara (Asean).