KELAB elit Liga Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) menunjukkan komited mereka untuk saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) apabila pantas menyambar bekas bintang La Liga dan Serie A, Samuel Castillejo.
Berita baik itu diumumkan menerusi laman rasmi Facebook, JOHOR Southern Tigers pada Khamis dengan kapsyen ‘Dengan lebih 300 perlawanan untuk kelab La Liga & Serie A, Samu Castillejo kini milik Harimau Selatan’.
Pemain kelahiran Malaga itu hadir ke Stadium Sultan Ibrahim (SSI) dengan reputasi selaku pemain yang pernah beraksi bersama kelab gergasi Eropah seperti AC Milan, Villarreal, Valencia, Malaga dan US Sassuolo.