Dengar Suria

Sukan

Pernah bersara seketika sebab ‘mental koyak’, Junior Eldstal nak pilih bidang psikologi sukan

TONGGAK pertahanan skuad Harimau Malaya, Junior Eldstal menyimpan hasrat murni untuk membantu rakan seperjuangan dalam bola sepak mengatasi tekanan mental dengan mengikuti pengajian dalam bidang psikologi sukan selepas bersara kelak.

Bek tengah berusia 32 tahun itu berkata, kekuatan mental sangat penting bagi memastikan pemain dapat meneruskan karier mereka sekali gus bangkit memperbaiki prestasi memandangkan pemain bola sepak sering menjadi mangsa cacian sekiranya prestasi kurang memuaskan.

Junior atau nama sebenarnya Putera Nadher Amarhan, mengakui dia sendiri pernah berdepan cabaran mental ketika memutuskan untuk bersara sementara pada Oktober 2018, sebelum kembali beraksi bersama Metropolitan Police di England beberapa bulan kemudian.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%