JOHOR Darul Ta’zim (JDT), sebut sahaja nama pasukan yang dimiliki oleh Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim pastinya menghadirkan rasa gerun kepada pihak lawan apabila melihat rekod luar biasa yang pernah dicipta kelab Selatan tanah air itu.
Tunku Ismail telah melakukan kerja-kerja yang mungkin sukar untuk dibuat mana-mana individu dalam negara apabila menaikkan nama Johor sehingga dikenali di persada dunia.
Borussia Dortmund (Jerman) dan Zenit Saint Petersburg (Rusia) antara pasukan yang pernah menjadi lawan JDT selepas rekod cemerlang Harimau Selatan di liga domestik.