HARI ini, orang ramai pastinya mengenali Badhri Radzi sebagai seorang pelakon dengan filem baharunya, ‘Satu Hari Sebelum Raya’ ditonton ramai pertengahan tahun lalu.
Namun, sekiranya ditanya kepada peminat bola sepak, mereka pastinya mengenali anak jati Kota Bharu, Kelantan itu sebagai salah seorang legenda tanah air.
Sumbangannya sejak menceburi bidang bola sepak kira-kira 20 tahun lalu sememangnya sukar dilupakan, lebih-lebih lagi bagi peminat dari negeri Pantai Timur berkenaan.