FOTO Nurdiana Syafiqah pernah tular pada awal tahun ini apabila gambarnya pada sesi latihan bersama budak lelaki di Rhino Football Academy iaitu sebuah akademi yang bernaung di bawah Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang, dikongsikan secara meluas di media sosial.
Menerusi hantaran dimuat naik oleh Rhino Football Academy pada 28 Januari lepas, menyaksikan penjaga gol muda itu cemerlang menjalankan tugasnya walaupun beraksi bersama pasukan lelaki.
Hantaran itu membuatkan ramai tertanya-tanya mengenai profil dan perkembangan permata bola sepak Pahang tersebut lagi-lagi selepas dia membantu Pasukan Bola Sepak Wanita Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) memenangi pingat gangsa Sukan Malaysia (SUKMA) 2024.