LIGA Perdana Singapura (SPL) akan lebih menarik pada musim hadapan apabila menambah kuota import daripada empat ke enam pemain.
Menerusi laporan The Straits Times, salah satu kuota yang diperkenalkan ialah pemain import Bawah-21 tahun (B-21) bagi tujuan untuk menaturalisasikan mereka selepas lima tahun beraksi di Singapura.
Penambahan kuota pemain import itu akan mencipta sejarah baharu dalam ekosistem bola sepak Singapura apabila ia merupakan yang tertinggi sejak SPL ditubuhkan.