KIRA-KIRA dua minggu lagi sebelum pasukan Malaysia bakal membawa maruah tanah air dalam Kejohanan Footgolf Piala Asia yang diadakan di The Els Club Desaru, Johor pada 23 hingga 27 September ini.
Skuad footgolf kebangsaan yang akan mengikuti dua kategori iaitu acara berpasukan dan perseorangan itu akan menerima tentangan dari Jepun, China, Chinese Taipei, Korea Selatan dan Australia.
Berbekalkan pengalaman beraksi di Kejohanan Footgolf Piala Dunia 2023 dekat Orlando, Amerika Syarikat, wakil tanah air itu optimis akan mampu mencipta satu lagi sejarah dalam sukan tanah air dengan menjadi juara Asia pada September ini.