PEP Guardiola percaya Manchester City hanya mempunyai satu peratus peluang untuk mengekalkan harapan mereka di Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dengan menewaskan Real Madrid dalam perlawanan timbal balik pusingan ‘playoff’ pada awal pagi Khamis di Sepanyol.
Madrid, yang menjuarai kejohanan itu buat kali ke-16 dengan menewaskan Borussia Dortmund dalam perlawanan akhir musim lalu di Wembley, meraih kemenangan 3-2 pada perlawanan pertama di Etihad minggu lalu selepas menjaringkan dua gol dalam empat minit terakhir untuk mengatasi defisit 2-1, walaupun Erling Haaland telah menjaringkan dua gol lebih awal buat City.
City hanya pernah menang sekali di Bernabeu, kemenangan 2-1 dalam pusingan 16 terakhir pada Februari 2020 dan mereka mesti menewaskan pasukan kendalian Carlo Ancelotti di Madrid untuk mengelakkan penyingkiran awal UCL musim ini.