PENYOKONG Terengganu FC (TFC) mula menyoalkan ketiadaan penyerang import Croatia, Ivan Mamut dalam sesi latihan pasukan selepas dia dilaporkan mengalami kecederaan serius dan perlu berehat panjang.
Menerusi ruangan komen media sosial Terengganu, penyokong mula beranggapan pihak pengurusan mahu menghilangkan khidmat Ivan Mamut daripada pasukan meskipun sudah membuat kenyataan bahawa pemain itu cedera.
Mamut sebelum ini terpaksa disisihkan Terengganu kerana mengalami kecederaan ‘tendon achilles’.