KEADAAN hujan yang masih berterusan di Stadium Ipoh, Perak bagai rahmat buat penyokong-penyokong Perak FC menjelang perlawanan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada Sabtu (5 September).
Perlawanan yang sepatutnya dimainkan pada 17 Ogos lalu ditunda akibat hujan lebat sehingga sukar untuk mana-mana pemain beraksi dengan permukaan padang yang tidak baik.
Penganjur Liga Super, Malaysia Football League (MFL) memutuskan perlawanan itu dimainkan pada 5 Oktober sebelum Liga Super berehat untuk memberi laluan kepada Harimau Malaya menghadapi perlawanan persahabatan menentang New Zealand.