KELANTAN Darul Naim FC (KDN FC) gagal mengutip tiga mata di halaman sendiri selepas tewas di tangan Sabah FC dengan keputusan 2-3 pada Jumaat malam.
Kijang Emas yang dibimbing oleh pengendali Korea Selatan, Park Jae-hong mengalami kekalahan kedua berturut-turut selepas tewas kepada Sri Pahang 0-1 sekali gus menyaksikan mereka gagal mengutip sebarang mata.
Namun begitu, aksi yang ditampilkan oleh anak-anak buah Jae-hong mendapat pujian kerana memberikan saingan kepada Sabah yang rata-ratanya dibarisi pemain kebangsaan.