BEBERAPA isu utama diketengahkan dalam mesyuarat jawatankuasa eksekutif Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kali ke-10 yang diadakan bagi membincangkan masa depan sukan tersebut dalam negara.
Berdasarkan kenyataan dikeluarkan pada Selasa, badan induk bola sepak negara itu mengumumkan terdapat suntikan dana daripada kerajaan buat skuad kebangsaan.
“Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin serta seluruh Jawatankuasa Eksekutif FAM merakamkan penghargaan dan ribuan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh atas pemberian peruntukan khas kepada Harimau Malaya tempoh hari.