LEGENDA Terengganu FC (TFC), Che Ku Marzuki menyokong penuh keputusan pengurusan Sang Penyu untuk menggugurkan beberapa pemain import menjelang saingan Liga Malaysia musim hadapan.
Menurut Che Ku, langkah tersebut adalah wajar kerana prestasi kebanyakan pemain import yang dilepaskan tidak mencapai tahap konsisten dan gagal memberikan impak besar kepada pasukan musim lalu.
“Saya bersetuju pemain import digugurkan kalau boleh semua kecuali yang masih ada kontrak, lebih baik cari yang muka baru.