KURANG sebulan lagi, pasukan Liga Super akan memulakan kempen baharu Liga Malaysia dengan perlawanan pertama di antara dua gergasi bola sepak negara iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC pada 10 Mei nanti.
Aksi sulung Liga Super itu dijangka menjadi tumpuan seluruh negara apabila pemenang juga bakal menjulang Piala Sumbangsih atau dikenali sebagai Piala Sultan Haji Ahmad Shah, selain memberikan tiga mata penuh buat pemenang.
Banyak pasukan sedang melakukan penambahbaikan dengan kemasukan import baharu daripada pelbagai benua dengan ada di antara mereka baru pertama kali beraksi dalam Asia Tenggara.