KUALITI Bojan Hodak sebagai jurulatih tidak perlu dipersoalkan lagi, setiap pasukan yang berada di bawah bimbingannya akan berubah menjadi salah satu kelab pencabar dalam saingan mana-mana liga.
Buktinya, Kuala Lumpur (KL) City FC sewaktu dikendalikan oleh pengendali kelahiran Croatia itu berada di tahap cemerlang apabila apabila membantu skuad Warga Kota beraksi di pentas final tiga tahun berturut-turut sejak membimbing kelab pada 2021.
Bukan hanya melangkah ke pusingan akhir, Bojan sebelum ini pernah mencipta kejutan dengan menundukkan Johor Darul Ta’zim (JDT) 2-0 di pentas final Piala Malaysia 2021, sekali gus layak beraksi pada Piala AFC 2022.