PENDAWAIAN elektrik yang tidak teratur pada bas ekspres sehingga menyebabkan kematian tragis seorang penumpang berusia 18 tahun akibat renjatan elektrik, tidak mematuhi piawaian keselamatan, kata Menteri Pengangkutan (MOT) Anthony Loke.
Anthony berkata, Pasukan Petugas Khas yang ditubuhkan untuk menyiasat kejadian itu mendapati beberapa kerosakan kritikal pada pendawaian dan peralatan bas itu.
Beliau berkata, Pasukan Petugas melaporkan bahawa sambungan pendawaian dari kotak agihan (DB) ke soket dipasang secara terbalik, dan peralatan elektrik yang digunakan dalam bas gagal memenuhi piawaian keselamatan yang diperlukan.