BAGI memastikan persembahan di peringkat domestik dan antarabangsa terus berada pada tahap tertinggi, Johor Darul Ta’zim (JDT) dijangka akan melakukan perubahan besar menjelang musim 2025/2026.
Dalam perubahan tersebut, JDT dijangka akan melepaskan sembilan pemain yang terdiri daripada barisan bintang import termasuk pembelian termahal kelab.
Harimau Selatan dijangka akan melepaskan Jalil Elias yang merupakan rekrut termahal JDT dan Liga Malaysia selepas pemain itu banyak menghabiskan masa dipinjam keluar ke kelab lain.