PIHAK pengurusan Sri Pahang FC berharap insiden melibatkan tiga pemain bola sepak negara tidak menjejaskan fokus Tok Gajah menjelang perlawanan pertama Liga Super yang akan membuka tirainya pada Sabtu ini.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sri Pahang, Datuk Mohammed Suffian Awang berkata, pihak pengurusan sudah mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengingatkan pemain-pemain Tok Gajah supaya sentiasa berwaspada.
BACA LAGI: ‘Groom’ sejak usia 17, Tengku Abdul Rahman anggap Faisal Halim macam anak didik