SEORANG lagi bakat muda negara mencipta sensasi di luar negara apabila pemain tengah masa depan Malaysia, Hanz Skelchy sah menyertai kelab Jerman iaitu VfR Wormatia Worms II yang beraksi dalam saingan Landesliga, divisyen keenam bola sepak Jerman.
Hanz sebelum ini mencuri perhatian rakyat Malaysia apabila membintangi filem tempatan ‘Anak Rimau The Movie’ pada 2022 namun tumpuan terhadap anak muda berbakat ini tidak terhenti di layar perak apabila dia terus menempah nama di pentas bola sepak Eropah.
Menurut perkongsian daripada Harimau Abroad dan Destiny FDC, pemain memulakan pengembaraannya di Jerman bersama skuad B-19 Pirmasens, sebelum bakatnya dihidu beberapa kelab lain.