BEREGU wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah, menamatkan saingan sebagai naib juara Terbuka Indonesia selepas tewas dengan penuh dramatik kepada pasangan nombor satu dunia dari China, Liu Shengshu-Tan Ning.
Pearly-Thinaah berjuang habis-habisan namun tewas tipis 25-23, 12-21, 19-21 dalam perlawanan akhir yang mendebarkan di Istora Senayan, Jakarta pada Ahad (8 Jun).
Pasangan nombor 4 dunia itu mendahului 9-4 dan 14-12 dalam set penentuan, tetapi gagal mengekang kebangkitan pasangan hebat dari China dan akur dengan kekalahan selepas pertarungan selama 87 minit.
BACA LAGI : Raih gelaran pertama 2025, gandingan Pearly-Thinaah ambil masa hampir sejam tundukkan regu Korea Selatan
BACA LAGI : Pearly-Thinaah masih belum sain kontrak, BAM tak mahu ‘wabak’ pemain ugut dengan wang merebak
KAPAL API Indonesia Open 2025





