PEMAIN kebangsaan, Paulo Josue tidak sabar untuk bertemu dengan satu lagi detik dimana dia menjaringkan satu lagi gol untuk Harimau Malaya.
Bintang Kuala Lumpur (KL) City FC itu berkata, walaupun keinginan untuk menjaringkan gol itu adalah tinggi, tetapi dia sedar tanggungjawab utamanya adalah membantu pasukan.
“Kalau boleh, saya nak jaringkan beberapa gol lagi tetapi lawan yang bakal dihadapi semua adalah sukar jadi mungkin tak banyak jaringan dihasilkan.